Saturday, 19 November 2011

Kenapa Aku tak boleh buat???

Dan, kalau anda sudah melibatkan diri dalam business ni dan ianya "tidak menjadi" seperti yang diharapkan, cuba MUHASABAH diri dan lihat perjalanan business ni dari hati ke hati. Cuba jangan menuding jari pada orang lain. Antara perkara yang perlu difikirkan:-


 Kenapa Aku tak boleh buat???

a) Cuba menyalahkan Company yang menipu duit puluh-puluh ribu dan menyebabkan diri menangung hutang bertahun-tahun di bank. Bukankah anda diberi pilihan untuk bermula dengan plan perniagaan mengikut kemampuan dan kehendak masing-masing. Dan sebenarnya, siapakah yang membuat pilihan itu?? Sudah tentu kita sendiri bukan.

b) Ilmu dalam perniagaan. Sudahkah anda semua mempunyai ilmu yang cukup untuk menghadapai badai halangan di luar sana? Sudahkan anda sanggup berkorban masa dan tenaga untuk datang ke kelas menuntut ilmu? Adakah anda hanya mengharapkan leader untuk menurunkan ilmu semata2? Leader selalu mengingatkan kita mengenai betapa pentingnya ilmu dlm perniagaan.. waima perniagaan itu hanya menjual nasi lemak di hentian bas!!!.

c) Sudahkah anda melakukan mengikut apa yang leader anda nasihatkan? Sudahkah anda rujuk masalah yang anda hadapi kepada pemimpian anda? Kalau semua ini anda tak lakukan, blhkah kita dapat apa yang pemimpin kita pernah dapat??? Kalau kita belum dapat, bermakna kita masih belum buat seperti apa yang pemimpin nasihatkan. Dan harus diingat, pemimpin kita juga adalah manusia yang mempunyai perasaan dan naluri sama seperti kita. Kalau berkali-kali pemimpin cuba untuk ajak berjumpa, datang kelas, update blog tapi masih tak berganjak.. anda rasa kalau anda ditempat pemimpin, apa yang anda akan buat???

d) Yang paling penting, adakah anda melibatkan diri dalam perniagaan ini hanyalah mengikut trend? Nak banyak duit tapi tak sanggup berkorban masa dan tenaga? Di ingatkan pada semua, kalau ada antara yang disenaraikan ni anda tak dapat nak korbankan.. baik fikir dulu sebelum melibatkan diri dalam business..

e) Sudahkan anda berdoa dan tawakal kepada yang maha Esa? Kita selalu diingatkan, selepas kita sudah berusaha sehabis mampu.. DIAla tempat kita berserah memohon dipermudahkan segala usaha. Kita hanya mampu berusaha, dan DIA yang akan menentukkanya. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...