Wednesday, 24 October 2012

Musim Haji Kembali Lagi



PANGGILAN HAJI TELAH TIBA LAGI...
MENUNAIKAN IBADAH
TANAH SUCI MEKAH !!!!! sape tahu liriknya boleh teruskan yeee

Bak kata saya punya Mentor Pn Siti Atkah "Jom solat Dhuha...Alhamdulillah hari ini Hari Arafah. Semua tetamu Allah sedang berkumpul di Padang Arafah. Skrg waktu Zohor di Arafah. Berdoalah....antara waktu doa yg mustajab...antara zohor n asar di Arafah...ni la waktunyee

..Ya Allah aku pohon Kemaafan, Kejayaan, Keberkatan, Kesihatan, Kebaikan, Kerahmatan, Keredhaan, Kekayaan, Kebahgiaan, Kemudahan di sekelilingku...dari Mu jua..utk aku, keluargaku, semua yg membaca notaku ini......izinkanlah Ya Rabb....Lord of the Universe...Ameen..perkenankanlah Ya Allah

jom usah lepaskan peluang... now!!
"



Apakah itu Wukuf di Arafah??
 Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua tetapi yang utama dari rukun-rukun haji itu. Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan) 


 WAKTU WUKUF Apabila tiba 8 atau 9 Zulhijjah, setelah berihram (bagi mengerjakan haji secara tamattu') maka berangkatlah untuk berwukuf di Padang Arafah. Arafah letaknya di luar Tanah Haram dan jauhnya dari Mekah lebih kurang 12 batu atau 18 kilometer. Masa yang wajib berada atau berwukuf di Arafah ialah di awal waktu Zuhur pada 9 Zulhijjah, hingga sebelum fajar pada hari Nahar, iaitu 10 Zulhijjah, tetapi tidak semestinya berada di Padang Arafah itu sepanjang masa yang tersebut kerana sahlah berhenti disitu walaupun sebentar sahaja pada masa di antara Zuhur 9 Zulhijjah hingga sebelum fajar 10 Zulhijjah. Masa yang sebaik-baiknya ialah sebahagian dari kesembilan dan sebahagian malam kesepuluh. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Rasulullah s.a.w berrsabda "Barangsiapa dapat berada di Arafah sebelum terbit fajar (pada hari yang kesepuluh Zulhijjah maka dapatlah haji itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...